www.gem.socialgo.com (Direktori / Forum )

GEM Community Malaysia Agriculture & Agro-Based Industry DIRECTORY / FORUM Join GEM Community for free.Community for entrepreneurs to share information and their oppinion (Forum, Blog, Directory, Free Advertisement & etc) such as in Agriculture, Stock & etc. Hoping the GEM Community could give any benefit for everyone that joining GEM Community

FERTIGASI - CILI, Baja, Masalah dan Penyelesaian

Tuesday 13th January 2009 01:49am 1
JR-Agro
JR-Agro
8 Posts
Salam, kepada semua ahli forum, terutama mereka yang bergiat dalam dunia fertigasi cili, boleh berkumpul di sini dalam berkongsi ilmu pertanian fertigasi cili. Saya jangka ramai pengusaha cili dan bakal pengusaha cili akan sama-sama turut serta dalam membincangkan soal penanaman cili merah terutamanya memandangkan keperluan negara terhadap cili yang semakin berkurangan di Malaysia.

Ok Selamat berforum dan semoga kita mendapat maklumat yang tepat dan berguna dalam bertani pada masa kini dan juga akan datang.
Tuesday 13th January 2009 10:40am 2
ida_mtahir
ida_mtahir
6 Posts
salam, tanamn cili (cili kulai) pasaran nya macamana??? ida libatkan diri dalam ternakan keli tapi pasaran nya agak meragukan dan berminat pulak nak tanam cendawan.
....ingin tahu juga berkenaan tanaman cili kulai
Wednesday 14th January 2009 12:02am 3
JR-Agro
JR-Agro
8 Posts

salam, tanamn cili (cili kulai) pasaran nya macamana??? ida libatkan diri dalam ternakan keli tapi pasaran nya agak meragukan dan berminat pulak nak tanam cendawan.
....ingin tahu juga berkenaan tanaman cili kulai

cili 568, adik beradik kulai jugak la.. keli pun potensi besar.. jimi pun ade supply benih keli.. cili macam2 hal juga, pening kepala bila kena serang ngan serangga.. huhuhu.. erm.. nak terang pasal cili ni panjang..

Wednesday 14th January 2009 12:10am 4
JR-Agro
JR-Agro
8 Posts
Pada ringkasannya, pokok cili berbagai jenis cili ada di dunia ni, dalam pertanian malaysia, cili yang famous adalah cili kulai, 568, 223, 469 dll..

Tempoh untuk semaian di tray antara 2-3 minggu dan lepas tu dipindahkan ke polibeg. Pokok akan membesar di polibeg antara 5-6 bulan. Setelah pokok dipindahkan ke polibeg, penggunaan baja fertigasi AB.

Tuaian boleh dilakukan antara 2-3 kali seminggu bagi setiap pokok bergantung kepada permintaan pelanggan di cabang seterusnya. Tuaian boleh dilakukan sehingga pokok berusia 6 bulan di dalam polibeg. Ini bermakna 3 minggu semaian, 3 bulan tanam dan 3 bulan tuai dan jual hasil.

Harga jualan cili pula bergantung kepada dimana dan kepada siapa kita menjual cili tersebut. Untuk makluman, harga jualan cili ini mempunyai 3 kategori harga iaitu Harga Ladang, Harga Borong dan Harga Runcit.

Untuk menerangkan semua maklumat yang perlu diketahui bagi penanam baru memang banyak. Bagi saya, ia banyak bergantung kepada pengalaman dalam mengusahakan tanaman samaada secara komersil atau kegunaan sendiri.
Thursday 15th January 2009 10:07pm 5
nia agrotech
nia agrotech
3 Posts
Ida, kalau nak bergiat dalam cili, tanam je cili 568 kerana permintaan pasaran dan kebolehjualannya amat tinggi berbanding jenis cili yang lain...dari segi harga, cili kulai lebih tinggi daripada cili minyak/tempatan yang purata perbezaannya diantara RM1.50 - RM2.00/kg. mengenai ternakan keli, pasarannya agak kompetitif, harga ex-farm sekitar RM2.80-3.50/kg but selalunya kos ternakan keli ini pulak sekitar harga yang sama...macam mana nak jual dapat untung!! Cendawan pulak nampak agak mudah dan harga pasaran sekitar RM7.50-RM8.00/kg untuk harga runcit but ex-farm sekitar RM5-6.00kg sahaja.
Monday 19th January 2009 09:05am 6
ida_mtahir
ida_mtahir
6 Posts
ehm kalau mcm tu rasa nya ida akan beralih kepada tanaman cili, tapi ida perlu kan maklumat lengkap tentang panduan dalam penaman cili tu.. ada cadangan??
Wednesday 11th February 2009 01:43pm 7
nia agrotech
nia agrotech
3 Posts
IDA, MAKLUMAT TENTANG TANAMAN CILI SECARA ASASNYA BOLEH RUJUK PADA BUKU YANG DIKELUARKAN OLEH MARDI TETAPI SEKIRANYA BETUL-BETUL BERMINAT, TURUN KE LADANG-LADANG CILI, DAN LIHAT SENDIRI BAGAIMANA PERSIAPAN, SISTEM DAN PENJAGAAN DIJALANKAN SUPAYA DAPAT GAMBARAN YANG LEBIH JELAS...

RUHIZAL
0196934451
Thursday 12th February 2009 07:57pm 8
ida_mtahir
ida_mtahir
6 Posts
ehm bagus kalau mcm tu, di mana alamatnya?? ada kat blog tak?? sekarang ini ekonomi@#$%& hanya pertanian je yg bagus buat masa ni.
Friday 13th February 2009 06:05pm 9
mazni
mazni
36 Posts

dengar kata harga cili makin bagus.betul ke? kat sini ada sesiapa leh maklumkan harga pasran dan jenis cili tak???

Friday 20th February 2009 02:59pm 10
zi
zi
1 Posts
salam,saya br je nk bermula buat cili fertigasi... any contact ???
Thursday 5th March 2009 11:58pm 11
JR-Agro
JR-Agro
8 Posts
lawat blog2 pengusaha pun bleh..
Thursday 5th March 2009 11:58pm 12
JR-Agro
JR-Agro
8 Posts
lawat blog2 pengusaha pun bleh..
Thursday 12th March 2009 09:14am 13
Zeck
Zeck
1 Posts

Cili yg saya tanam telah masuk hari ke 13 (polibag) tapi masalah saya pucuk cili kelihatan merekot tetapi daun yang lain kelihatan hijau tua seolah-olah sihat tiada penyakit, sesiapa boleh bantu dengan masalah ini?

Thursday 19th March 2009 09:37pm 14
sambrutal
sambrutal
1 Posts
salam smua, baru cdg nak buat fertigasi cili ni, perlukan info terutama nak tanam secara organik coz nak buat sebelah kolam keli .dah tu je kawasan yg ada anggaran boleh tanam dlm 1K. takut kalau guna racun kimia nanti koj0ol pulak keli tu
Monday 23rd March 2009 12:57am 15
Zayz
Zayz
1 Posts
Nak Tlg Zeck, ada 2/3 benda yang u kena check tu 1. Adakah larutan nutrien yang dialirkan mematuhi kehendak larutan, PH air larutan berapa, kadar kepekatan air baja berapa? kadar biasa 1.2-1.8 pokok peringkat awal dan apa sistem yang digunakan-fetigasi tertutup ke/terbuka dan no 2. Hari ke 13 rasa daun dah yang ke 6-8 tingkat dan nak bercabang mungkin kena tengok ada serangan serangga/perosak seperti Apid, hama atau trip caranya tengok ada semut yang berulang alik dari pangkal ke bawah daun(cara biasa) atau anda kena tengok dengan rajin meninjau bawah daun. Kalau ada kena buat kawalanlah. 3. Semasa semai anak benih dulu adakah anda menggunakan benih yang selamat maksudnya telah dibuat kawalan ke atas penyakit bawaan seperti Virus, Saya syorkan supaya berjumpa dengan pakar yang berdekatan untuk mendapat tahu simptom penyakit cili anda seberapa segera.
Monday 30th November 2009 08:16pm 16
papparaz
papparaz
1 Posts
ade alamat email yang boleh saya contact untuk dapatkan khidmat nasihat

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.