www.gem.socialgo.com (Direktori / Forum )

GEM Community Malaysia Agriculture & Agro-Based Industry DIRECTORY / FORUM Join GEM Community for free.Community for entrepreneurs to share information and their oppinion (Forum, Blog, Directory, Free Advertisement & etc) such as in Agriculture, Stock & etc. Hoping the GEM Community could give any benefit for everyone that joining GEM Community
Kambing Malaya

Kambing Malaya

Ternakan Satu Perniagaan

Kampung Sunagi Kelambu
42700
Banting
Malaysia

Owner: Kambing Malaya Network

This is a public group.

About

Dengan jaringan ini, ilmu dan dorongan dapat dikekal dan dipertajamkan untuk kepentingan bersama. Keahlian terbuka kepada semua yang berminat dalam penternakan kambing.
Perbincangan termasuk pemasaran, pembiayaan, pengeluaran dan pengeksportan dan lain lain. Kumpulan ini juga berhasrat untuk merebut peluang yang diberi oleh kerajaan dalam bidang penternakan diMalaysia. Kita berhajat untuk duplicate ladang yang berjaya kepada semua ahli ahli kumpulan supaya kejayaan kumpulan dapat dipertingkatkan. Kita mahu lihat emas putih hitam dan merah direalisasikan.

Salam
'petikan daripada kambingmas.yahoogroup'

Tags

Location

Events

0 Events...

     

Videos

No videos yet...

Latest Activity

No recent activity...

Kambing Malaya - Members

13 Members...

  • araaz GEM
  • TheKebun
  • Red Boer
  • khaitam
  • Direktori
  • AgroNest
  • Kambing Malaya Network
  • Dynamic Global
  • Usrah Agro Farm
  • Bad Fan Agri
  • Waja90
  • pak selangor

Forum

    No topics yet...

The Wall

11 Wall Posts

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.
  • Kambing Malaya Network
    by Kambing Malaya Network 6 months ago

    2 asri: Hahaha... Saya asal sini, skang pun mmg duk kat B/B gak! Ermmm no pon kwn ade tu kat blog & leh halo2 bila2 mase je... Pakej bukan mcm leh tahan TAPI x leh tahan kot... hehehe peluang nie sbb stok mmg bnyk pun & x rugi beli (dah stabil 2 bln, leh pilih kat kndg & insyaallah tu la rega paling murah dlm skang nie currency tgh naik)... Jangan lupa kwn2 suma, saya mewakili KMN menjemput anda semua ke jamuan ringan dalam 'Minum Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya' pada 30/05/2009... TQ Zul KMN

  • asri
    by asri 6 months ago

    Bro..aku org banting nih..berminat nak mulakan penternakkan kambing secara kecil2an dulu..pada aku utk elakkan risiko kerana kekurangan pengalaman dan knowladge baik mula kecil-kecilan dulu...pakej kambing2 tu mcm boleh tahan..kawasan pon dekat je(kos penghantaran kecik) kalau ade mase boleh lepak2 minum kopi bincang x?..anyway sy duduk kat Banting baru,kelanang

  • Kambing Malaya Network
    by Kambing Malaya Network 6 months ago

    To Pak Selangor: Yupp.. Macam tu juga yang saya lakukan beberapa tahun lepas, bermula dgn hanya 5 ekor kambing.. Berdikit-dikit, ramaikan kawan, network perlu (Stok, idea & jualan) & paling utama JANGAN TIPU ORANG... Hahaha maaf sebab dalam bisnes sekarang nie ramai yang MENIPU & tertipu.. Minggu nie jer bab kambing ade yang mengadu kawan kambing pun nak tipu utk wat loan la kononnye, siap nak letter offer & paling kesian ari nie ade buyer mengadu dah modal RM200k tapi baru fasiliti & kandang 30x60 tapi kambing lum beli lg... Sama2 beringat & jgn segan bertanya ya kwn2.. Ramai kat sini sedia membantu anda semua... Amen

  • pak selangor
    by pak selangor 6 months ago

    To Waja 90: Berapa modal nak labur utk memulakan bisnes kambing? Jawabnya ikut kemampuan. 6 tahun yg lepas,saya mula dgn mencari mentor dulu. Modal dlm RM25K. Saya mulakan bina kandang dgn kayu/beroti/papan terpakai + buloh untuk wat dinding. Kalau ada orang nak jual umah2 lama tu cepat2 saya beli -murah2.Kos permulaan kandang 24'x30'= RM 10K. Beli bibit + pejantan = 28 ekor = RM 9K. Modal pusingan jual beli kambing utk akikah/ makanan dll =RM 6K. Lepas dah ada projek, pegi Bank buat pinjaman besarkan projek bawah skim 3F. Dapat pinjam RM 100K. Dari situ mulalah langkah panjang sikit. Termasuk tanam rumput, buat baja organik, dan selalulah jengok2 Jab.Perkh. Vet daerah. Kot2 dapat kambing pawah, garam jilat, ubat2 , pergi kursus/ lawatan dll. Ini pengalaman saya, mungkin boleh jadi panduan.

  • Kambing Malaya Network
    by Kambing Malaya Network 6 months ago

    To Waja90: Haha kami pun mcm anda juga & x la masta tp ade bekalan semangat juang/x putus asa walau poket kempis.. Tu penting! Berapa modal nak kuarkan & itu la kandang/kambing yang akan kite dapat.. Ade plan (short, midle & long term) utk stabil dlm bisnes nie.. Erm utk makluman anda waja90, dahulu den hanya memulakan dgn 1 jantan 5 betina jer atas sebab x ade modal, ilmu, kawan & pasaran.. Setiap bulan beli kambing, cari kawan (network), cari pasaran & dalam masa yg sama kukuhkan ilmu.. Belum tentu duit bnyk bisnes tu akan maju tapi kurang kekuatan hadapi halangan yg timbul, network, pasaran & ilmu.. Den memang yakin atas beberapa sebab salah satu keperluan kambing pada masa akan datang.. Alhamdulillah sekarang dengan kambing yg bnyk & network yg ada kini kami sedia memenuhi keperluan pasaran.. Anyway dok mai minum kopi, den bwk cite A to Z dlm semua faktor! TQ Zul/Rie http://kambingmalaynet.blogspot.com

  • Waja90
    by Waja90 7 months ago

    Salam wat masta2... salam perkenalan dari saya...saya masih baru lagi dalam bidang perternakan kambing ni...tapi saya mempunyai minat dalam penternakan kambing ni..dah lama saya mengidam untuk membuka bisnes kambing ni...tapi sini saya ade beberapa soalan untuk masta....berapa modal yang sebenarnya diperlukan untuk menjalankan akitiviti penternakan kambing ini...boleh pergi jauh ke bisnes kambing ni...boleh ke bisnes kambing ni menembusi pasaran luar negeri... Harap2 ada masta yang sudi curahkan ilmu kepada hamba ni.. Sekain , Terima Kasih

  • Kambing Malaya Network
    by Kambing Malaya Network 7 months ago

    Ermmm tu soalan bonus bagi sape2 yg baru mula @ sedang menjalankan perniagaan tak kira ternakan @ pertanian... Wujudnya Kambing Malaya Network nie sebenarnya pun adalah daripada ahli gabungan penternak kecil bumiputera yang lama @ baru dalam bidang nie.. Tujuannya adalah kawal selia keseimbangan dari segi latihan, strategi, peluang perniagaan, pencarian baka, inventori stok, pemasaran & jaringan setempat.. Dengan yang demikian, ape jua peluang @ permasalahan akan dikongsi oleh ahli gabungan kami.. (umpama persatuan kecil) sebagai perintis mewujudkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia tu.. hahaha.. Strategi & kepelbagaian jenis produk banyak diperlukan dalam menghadapi situasi gawat nie.. Contoh: kalau kite lihat orang tawarkan baka boer, ramai offer & ramai yang beli tapi kelamaan produk tu jadi lesu.. Tapi jangan lupa akan produk 'sampingan' sebagai contoh susu, jualan daging & baja kompos (permintaan tinggi).. Pucuk-pangkalnya mcm mana anda mencari peluang bagi menstabilkan perniagan anda? (Orang beli kita pun beli, orang ternak kite pun ternak, TAPI orang boleh market tp kite belum tentu boleh)... Salah satu Network Group! Maaf tu pandangan saya sahaja & boleh diperbetulkan segala kesalahan/tutur kata... Amen!! 'KAMBING MALAYA NETWORK UNTUK ANDA'

  • Usrah Agro Farm
    by Usrah Agro Farm 7 months ago

    Macam mana dengan industri ternakan kambing sekarang ini? maklumlah krisis ekonomi global. Ada penternak yang mengalami masalah, sila kongsi pengalaman dengan saya/kami.

  • Kambing Malaya Network
    by Kambing Malaya Network 9 months ago

    TAWARAN KAMBING BOER PT (Peranakan Tempatan) Kambing Boer Mahal.!!!? Kini tidak lagi..... Tidak sama sekali!!! Kami berkejar ke sana-sini semata-mata mahu memberi yang terbaik untuk anda nikmati. Baka boer idaman di kandang anda. Dengan harga yang tak masuk akal fikiran murahnya... Hahaha Bukan senang hati gelak, tapi kepuasan kami dengan membantu memasarkan hasil ternakan penternak kampung. Ini kerana, kesukaran penternak kecil seperti kami, akhirnya membuahkan hasil demi bersaing di peringkat global... Apa salah penternak kecil memandang jauh ke hadapan. Menjenguk rakan-rakan kita penternak kecil-kecilan di belakang! Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Tetapi setiakawan dengan rakan penternak lain juga perlu di ambil kira. Ini kerana, dengan membantu sesama kita, ia penting untuk mengekalkan kita kita semua dalam industri ini. Sukacitanya kami menawarkan Baka Boer PT (Peranakan Tempatan) seperti di bawah:- PAKEJ A (1 jantan + 10 betina) Buck unreg. >40kg F4/F5 RM1,800 Dara 25kg F3/F4/F5 RM7,500 Jumlah : RM9,300 sahaja PAKEJ B (1 jantan + 5 betina) Buck Unreg. >40kg F4/F5 RM1,900 Dara 25kg F3/F4/F5 RM3,850 Jumlah : RM5,750 sahaja Jadi, apa tunggu lagi!!! Dengan baka Boer PT semurah ini & tak perlu lagi anda ternanti-nanti bila baka boer Aussie akan tiba... InsyaAllah anda akan berpuashati & akan di cemburui oleh rakan-rakan apabila baka Boer PT ini menjadi penghuni di kandang anda.. Hahaha Hubungi kami untuk maklumat lanjut.. Rie 012-2969763 @ Zul 019-6060420 'KAMBING MALAYA NETWORK'

  • Kambing Malaya Network
    by Kambing Malaya Network 9 months ago

    Harga Tawaran Kambing Boer Australia Shipment Feb2009.... Kami menawarkan baka2 yang terbaik dengan harga terkini seperti berikut:- F1/F2 White Head (20-30kg) RM 750.00 F3/F4 Brownhead (20-30kg) RM 1,000.00 F5/F6 Purebred (20-30kg) RM 1,200.00 Registered FB Buck (>50kg) RM 3,000.00 Registered FB Young Buck(40kg) RM 2,500.00 Registered FB Does(40kg) RM 2,300.00 Registered FB Red Kalahari RM 3,300.00 Registered FB Does Kalahari RM 2,800.00 Saanen FB Buck RM 3,200.00 Saanen FB Does RM 2,800.00 Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut @ membuat tempahan... Sebarang pembelian pukal, harga masih boleh nego mengikut jumlah pembelian! Dapatkan special price dari kami.... Sila call saya di 019-6060420(Zul) /018-3893701(Joe)